Friday, May 24, 2013

SANGKAQ BEDURI

Sebenarnya nama tajuk tu tak da masalah ejaan pon, memang aku yang taip perkataan tu and time menaip tu aku masih waras, aku tak pernah gagal BM, dan korang jangan nak cari point down kan aku sebab ejaan tajuk tu yang kurang betul walaupun BM korang mencapai Paradigma Tertinggi disekolah rendah...*heheh, joke saja..


Sebab aku letak tajuk nih? aku nak cerita something....

Semalam aku keluar dengan seorang rakan rapat aku dari sekolah rendah and sampai sekarang, apa yang aku suka bila keluar and berkawan dengan dia, aku tak perlu jadi orang lain dan berlakon watak orang lain, aku adalah aku. 

Sebab aku cakap macam tu? Aku rasa happy jumpa kawan aku nih, dia selalu buat aku happy, aku suka dengar dia bersembang, apa segala yang dia buat and reaction semuanya lawak bagi aku. And dia pulak suka mintak nasihat aku kalau dia ada apa-apa masalah.

Aku tau, semua orang dalam dunia ni cuma manusia dipentas dunia, berlakon saja lebih, tapi habok tadak...tapi cuba kita cari kawan yang betul-betul dapat terima siapa diri kita, and time tu, korang dapat rasa, korang ibarat orang yang paling bebas dan takda masalah dekat dunia ni .

Selagi diri sebenar korang tu tak bertentang dengan agama, teruskanlah, kalau dah bertentang, aku harap korang cepat2lah solat taubat yer.. *hehehe

And then pernah ada kawan aku tanya aku, "kenapa kau suka tegur orang and sembang dengan orang tu walhal kau tak berapa kenal dia and cara kau tu, plastik sangat" jawapan aku senang ja " Wakil rakyat kena tegur semua orang, baru orang perasaan kita ada di persekitran mereka" Ok tolong jangan muntah bila baca ayat tu, tapi aku rasa jawapan aku tu berbaloi, sebab..kalau kita amalkan benda tu, orang akan perasaan kehadiran kita...either kita berlakon kan.. tapi mak peduli ape noksss, janji aku buat baik, bukan cari pasal..

Sangkaq beduri dengan kisah aku ni apa kena mengena? aku harap orang yang baca pahamlah, sebab korang pon dah besaq panjang...orang tua2 kata, "dah pandai layan porno" Bye!

#yang ayat last tu aku tipok..kah3..
Dikemaskini pada 3.44AM (24.5.2013)



Friday, May 17, 2013

NASI LEMAK DOT COM

Bila sebut pasal nasi lemak, semua orang fikir nasi lemak merupakan racun kepada masyarakat sebab mengemukkan orang-orang dimalaysia, walaupun korang tu dari azali lagi memang gemuk bukan kerana nasi lemak. biasalah adat orang Malaysia cari dahan nak berpaut..means suka salahkan orang lain..ngeh3..


Tajuk kali ni mungkin pelik , tapi aku nak juga cerita pasal nasi lemak walaupon korang ugut nak kerat jari-jari aku dari terus menaip.

Apa kehebatan nasi lemak nih? Sebab lemak ker? Aku berani cakap orang cina pon dah pandai masak nasi lemak , dan jangan korang nak bangga kata korang terer masak nasi lemak sebab korang orang melayu, puiii, goreng telur pon hangit..tadi adik aku baru habiskan sebungkus nasi lemak depan aku, dan ianya agak meragut nafsu aku, sebab aku on diet sekarang..aku tak makan segala makanan dari kabohidrat kecuali yang berprotein.

Korang pernah terfikir tak asal nasi lemak? Aku ni boleh dikatakan macam2 nasi lemak aku dah makan, and ada satu jenis nasi lemak dekat penang yang orang ramai suka. Walhal tu bukanlah nasi lemak, tapi lebih kepada nasi kandar, btw orang still ramai dekat kedai tu and suka ditipu, mungkin bukan suka ditipu, tapi diorang cari kelainan nasi lemak yang dimana tukang masak tu tersilap resepi.

Boleh dikatakan nasi lemak ni merupakan makanan popular dekat malaysia, bila aku kata popular tu janganlah dok sangkal.. ada lah yang menyibuk nak kata roti canai, nasi dagang tu lagi popular .Sibok ja.ni blog aku, biarlah aku nak menangkan nasi lemak tu.

Orang cina, india , melayu semua dok balun nasi lemak bila breakfast, tak cukup dengan tu, malam-malam pon dok cari nasi lemak. Mungkin juga nasi lemak ni jadi kegilaan sebab harga yang ekonomi dan lengkap dengan serat,protein,karbohidrat and sambal..ye sambal. Nasi lemak tanpa sambal ibarat tonton wayang kungfu tanpa kungfu, ibarat berperang tanpat senjata. Mungkin perumpamaan aku agak melampau.. sory 
-___-''

Nasi lemak sambal sotong, sambal ikan, sambal ayam and rendang ayam merupakan nasi lemak yang derhaka sebab mengubah persepsi nasi yang serba ringkas kepada nasi berlauk, Tapi tekak masing-masing kan, biarlah janji perut kenyang and hati senang.

Tu sajalah yang aku nak cakap, and btw, minggu depan aku nak meniaga nasi lemak..jemput datang dekat gerai aku..ngeh3..

#Pernah jumpa nasi lemak tanpa timun and ikan bilis? aku selalu jumpa dan ini merupakan nasi lemak paling derhaka sebab si penjual nak untung lebih tapi nasi lemak yang dijual tak berkualiti...baikot jer kedai macam ni..

Monday, May 13, 2013

Motivasi Ke Rotibasi??

Apa perasaan korang bila korang meletakkan diri sebagai motivator untuk orang lain dengan tujuan untuk membantu orang itu walaupun orang itu tidak meminta bantuan korang? Bagi aku ianya sesuatu kepuasan tambahan jika dilakukan dengan ikhlas, kerana dengan bantuan kita itu, mungkin kita berjaya mengubah hidup orang lain. Kira kita ni herolah, cuma tak pakai baju superhero.



Aku ada seorang saudara dari perlis. Bagi aq budak ni seorang yang bijak and baik but sedikit malas. "Maaf kalau terasa yer Muhd Nurizin".

Okeh tapi bukan kisah budak busuk tu yang aku nak ceritakan dan dia bukanlah HERO untuk cerita kali nih, tapi aku nak buka mata semua orang kemampuan manusia yang korang tak pernah terfikir. Aku boleh cakap, aku suka amalkan pemikiran think out of the box.

Pernah tak korang terfikir, masalah yang korang kata besar tu sebenarnya hanyalah sekecil -kecilnya, dengan syarat, korang kene create jalan untuk solve masalah tu . Jangan main langgar jer nak solve masalah.

Aku  ada masuk satu program motivasi dimana kawan aku, telah dihipnopsis hinggakan dia fikir diri dia adalah sebatang kayu, nak tau apa kami buat dekat dia? kami letak kepala dia dan kaki dia dekat kerusi, sementara badan tengah-tengahnya tergantung dan kami duduk atas perut dia, tapi dia tak terjatuh langsung. Ajaib kan? tulah kehebatan minda kita, tiada masalah yang tak boleh selesaikan.

Manada manusia yang tak cerdik and tak pandai, bila kita fikir diri kita macam tu, so kita akan jadi macam tu. Adik aku seorang yang boleh dikatakan bijak sebab UPSR dia dapat 5A dan PMR dia dapat 8A, but semenjak-menjak ni dia jadi pemalas. Aku motivate dia, tapi aku x marah, aku buka minda dia bagi dia nampak masa depan dia, walaupun orang kata masih terlalu awal aku nak suruh dia fikir benda-benda macam tu, tapi tu bukan halangannya . And now dia dah mula rajin belajar. Senang kan?

Manusia tidak akan nampak kemahuan diri dia jika dia sendiri tak rancang halatuju dirinya. So kepada Muhd Nurizin, peluang tu sentiasa ada, kalau rasa diri tu terlepas peluang, banyak lagi yang akan datang, jangan fikir diri tu loser, cuba berfikir berbeza dari cara orang biasa-biasa berfikir, kalau ada masalah bagitahu, walaupun aku bukan famili korang, tapi aku cuba tolong selagi aku boleh tolong.

Korang boring baca update aku kali ni?? Masalah ker?? Tak kan.. *hahaha * Dan sekarang aku terfikir dekat mana aku nak start meniaga nasi lemak, cari duit untuk cuti 2 bulan ni...adehhh -_____-''

#Dikemaskini padan jam 11.42 AM (13/5/2013)

There was an error in this gadget