Monday, May 13, 2013

Motivasi Ke Rotibasi??

Apa perasaan korang bila korang meletakkan diri sebagai motivator untuk orang lain dengan tujuan untuk membantu orang itu walaupun orang itu tidak meminta bantuan korang? Bagi aku ianya sesuatu kepuasan tambahan jika dilakukan dengan ikhlas, kerana dengan bantuan kita itu, mungkin kita berjaya mengubah hidup orang lain. Kira kita ni herolah, cuma tak pakai baju superhero.



Aku ada seorang saudara dari perlis. Bagi aq budak ni seorang yang bijak and baik but sedikit malas. "Maaf kalau terasa yer Muhd Nurizin".

Okeh tapi bukan kisah budak busuk tu yang aku nak ceritakan dan dia bukanlah HERO untuk cerita kali nih, tapi aku nak buka mata semua orang kemampuan manusia yang korang tak pernah terfikir. Aku boleh cakap, aku suka amalkan pemikiran think out of the box.

Pernah tak korang terfikir, masalah yang korang kata besar tu sebenarnya hanyalah sekecil -kecilnya, dengan syarat, korang kene create jalan untuk solve masalah tu . Jangan main langgar jer nak solve masalah.

Aku  ada masuk satu program motivasi dimana kawan aku, telah dihipnopsis hinggakan dia fikir diri dia adalah sebatang kayu, nak tau apa kami buat dekat dia? kami letak kepala dia dan kaki dia dekat kerusi, sementara badan tengah-tengahnya tergantung dan kami duduk atas perut dia, tapi dia tak terjatuh langsung. Ajaib kan? tulah kehebatan minda kita, tiada masalah yang tak boleh selesaikan.

Manada manusia yang tak cerdik and tak pandai, bila kita fikir diri kita macam tu, so kita akan jadi macam tu. Adik aku seorang yang boleh dikatakan bijak sebab UPSR dia dapat 5A dan PMR dia dapat 8A, but semenjak-menjak ni dia jadi pemalas. Aku motivate dia, tapi aku x marah, aku buka minda dia bagi dia nampak masa depan dia, walaupun orang kata masih terlalu awal aku nak suruh dia fikir benda-benda macam tu, tapi tu bukan halangannya . And now dia dah mula rajin belajar. Senang kan?

Manusia tidak akan nampak kemahuan diri dia jika dia sendiri tak rancang halatuju dirinya. So kepada Muhd Nurizin, peluang tu sentiasa ada, kalau rasa diri tu terlepas peluang, banyak lagi yang akan datang, jangan fikir diri tu loser, cuba berfikir berbeza dari cara orang biasa-biasa berfikir, kalau ada masalah bagitahu, walaupun aku bukan famili korang, tapi aku cuba tolong selagi aku boleh tolong.

Korang boring baca update aku kali ni?? Masalah ker?? Tak kan.. *hahaha * Dan sekarang aku terfikir dekat mana aku nak start meniaga nasi lemak, cari duit untuk cuti 2 bulan ni...adehhh -_____-''

#Dikemaskini padan jam 11.42 AM (13/5/2013)

5 comments:

  1. Owh now I get it... ezin oh ezin... patut la dia ade tulis kt blig dia tu... psl twrn poli tu kan
    Ehhhh larikkkk :*

    ReplyDelete
  2. rezeki ada dimana2, memang manusia memerlukan nasihat dan sokongan. :)) sorry menyibuk. nice entry

    ReplyDelete