Friday, April 26, 2013

Touch N Go

Aku rasa semua orang pernah rasa, dan sapa yang tak pernah rasa beruntung sebab boleh dikatakan korang merupakan insan terpilih..


Touch N Go yang aku maksudkan dekat sini bukanlah pasal perkara negatif tentang perhubungan touch n go seorang lelaki dan perempuan yang lebih menjurus kepada seks, tapi aku nak cakap pasal persahabatan.

Waktu aku kecik-keci dulu aku tinggal dekat Kuala Perlis, Perlis. Aku ada sorang kawan yang sesangat rapat dengan aku dan sampailah dia pindah waktu aku darjah 3, aku dah takda kawan yang betul-betul boleh buat kawan sampai aq naik darjah 6 , waktu dia pindah, aq boleh nangis...gua laki beb, malu plak bila pikir. 

Aku jenis senang nak berkawan dengan orang dan selalunya kalau aku dah rapat dengan seseorang tu, aku terpaksa tinggalkan orang yang aku rapat tu sebab berpindah atau orang yang aku rapat tu pula buat perkara sebaliknya. Jadi agak susah untuk aku dapat kawan yang rapat dari waktu sekolah sampai umur aku dah menginjak dewasa.

Agak tidak seronok bila kita takda kawan-kawan dari kecil yang kita boleh tengok dari dia berhingus sampailah satu tahap dia pula lap hingus anak dia, time tu kita boleh judge berjaya atau tak kawan kita atau kawan kita yang judge kita.

Aku pernah jumpa kawan waktu dekat uitm, kawan yang betul-betul paham macam mana aku, and aku paham macam mana dia..tapi macam biasa, mesti ada perpisahan..

Dan sekarang , aku payah nak jumpa kawan macam tu lagi..hurmmm,aku harap..masih ada sinar disebalik mendung tu.. 

hurmmm



1 comment:

There was an error in this gadget