Friday, April 12, 2013

Kembara Ke Tahun 1990-An ??

Aku fikir hidup pada zaman 1990-an boleh dianggap zaman yang masih lagi klasik bagi yang pernah membesar pada zaman ini. Barang permainan selalunya pada zaman ini masih lagi buatan tangan asli, bukan tangan orang asli dijadikan permainan. Harap Maklum yer..


Waktu ni, aku berani cakap, panjat pokok, pistol kayu buatan sendiri dengan peluru buah cermai atau ceri, lastik, main pasir, tangkap ikan laga (tak taulah hampa main ke tak benda ni) merupakan permainan popular time 1990-an . Kalau yang budak kaya-kaya tu selalunya depa main pistol beteri yang bunyi "reload-reload..treeetettttteeettttetttt" tapi bagi aq, tu permainan merepek, tak hamak nak main benda tu.

Aku ingat lagi, permainan tuju selipar, susun selipar tu bentuk piramid kemudian tuju.. geng aku selalu main pakai selipar jepun yang kalau baling dekat badan bunyi " HUKKKK" tapi tu bukan bunyi badan sebenarnya, tapi suara tuan punya badan tahan azab selipar jepun hinggap dekat badan. Rule game ni, kami create "Kalau tak tahan sakit, jangan harap leh main" 

Satu lagi game main aci sembunyi ( sorok2), memandangkan aku ni hidup bersama-sama anak polis+emirgesen+kastam. Ada sedikit lasak dekat situ, kami selalunya sebunyi atas bumbung, celah tangki ayaq( air) , dan yang paling best, kalau perut tengah lapaq, aku boleh balik rumah senyap-senyap dan makan nasi, sambil tukang pencari dok melilau mencarik.. (tu part aku paling suka, konfem bdk tu dowwnn gila-gila sebab tak dapat carik aku).

Bila aku tengok life budak sekarang, nak pijak rumput pon geli,asyik dok menghadap tablet, game boy, adroid (angry bird2) , kesian pulak...sebab depa tak rasa semua game best -best tu, lagipun mak ayah sekarang dah moden, even anak buah aku pon geli bila pijak rumput .. sebab tu badan budak sekarang lemah lembik, pantang berlago koting, ado yo tulang eh nak rotak (tu bahasa nesmilan)

Kesian kan budak-budak sekarang? Hurmmmmm

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget