Friday, May 17, 2013

NASI LEMAK DOT COM

Bila sebut pasal nasi lemak, semua orang fikir nasi lemak merupakan racun kepada masyarakat sebab mengemukkan orang-orang dimalaysia, walaupun korang tu dari azali lagi memang gemuk bukan kerana nasi lemak. biasalah adat orang Malaysia cari dahan nak berpaut..means suka salahkan orang lain..ngeh3..


Tajuk kali ni mungkin pelik , tapi aku nak juga cerita pasal nasi lemak walaupon korang ugut nak kerat jari-jari aku dari terus menaip.

Apa kehebatan nasi lemak nih? Sebab lemak ker? Aku berani cakap orang cina pon dah pandai masak nasi lemak , dan jangan korang nak bangga kata korang terer masak nasi lemak sebab korang orang melayu, puiii, goreng telur pon hangit..tadi adik aku baru habiskan sebungkus nasi lemak depan aku, dan ianya agak meragut nafsu aku, sebab aku on diet sekarang..aku tak makan segala makanan dari kabohidrat kecuali yang berprotein.

Korang pernah terfikir tak asal nasi lemak? Aku ni boleh dikatakan macam2 nasi lemak aku dah makan, and ada satu jenis nasi lemak dekat penang yang orang ramai suka. Walhal tu bukanlah nasi lemak, tapi lebih kepada nasi kandar, btw orang still ramai dekat kedai tu and suka ditipu, mungkin bukan suka ditipu, tapi diorang cari kelainan nasi lemak yang dimana tukang masak tu tersilap resepi.

Boleh dikatakan nasi lemak ni merupakan makanan popular dekat malaysia, bila aku kata popular tu janganlah dok sangkal.. ada lah yang menyibuk nak kata roti canai, nasi dagang tu lagi popular .Sibok ja.ni blog aku, biarlah aku nak menangkan nasi lemak tu.

Orang cina, india , melayu semua dok balun nasi lemak bila breakfast, tak cukup dengan tu, malam-malam pon dok cari nasi lemak. Mungkin juga nasi lemak ni jadi kegilaan sebab harga yang ekonomi dan lengkap dengan serat,protein,karbohidrat and sambal..ye sambal. Nasi lemak tanpa sambal ibarat tonton wayang kungfu tanpa kungfu, ibarat berperang tanpat senjata. Mungkin perumpamaan aku agak melampau.. sory 
-___-''

Nasi lemak sambal sotong, sambal ikan, sambal ayam and rendang ayam merupakan nasi lemak yang derhaka sebab mengubah persepsi nasi yang serba ringkas kepada nasi berlauk, Tapi tekak masing-masing kan, biarlah janji perut kenyang and hati senang.

Tu sajalah yang aku nak cakap, and btw, minggu depan aku nak meniaga nasi lemak..jemput datang dekat gerai aku..ngeh3..

#Pernah jumpa nasi lemak tanpa timun and ikan bilis? aku selalu jumpa dan ini merupakan nasi lemak paling derhaka sebab si penjual nak untung lebih tapi nasi lemak yang dijual tak berkualiti...baikot jer kedai macam ni..

5 comments:

There was an error in this gadget