Friday, November 8, 2013

Kenapa Jepun Suka Matahari

Aku memang tali barut Jepun, kalau boleh aku nak hidupkan balik Asian Untuk Asian. Lantaklah kerajaan Malaysia nak tangkap aku and buat tahanan untuk tahu rahsia-rahsia kerajaan yang aku tau..


Biasalah aku, mesti merepek sebelum serius, acam somel jer-acam somel jer kan? Aku taknak pon cerita pasal Jepun acctualy,  Aku cuma nak update gambar ni jer. Mintak maaflah kalau korang tengok entry aku pendek macam ni..tolong jangan apa2kan diri korang macam kelar tangan or gantung diri sebab rasa tertipu dengan aku tahap dewa kali ni. Aku dapat post ni jer...Ngeh3..

Sorry.. :'(

#Update sambil makan nugget...nyum3

Thursday, November 7, 2013

Ape Benda Ntah ILUSANITI ?

Walaupun tajuk kali ni macam agak sedikit heavy  dan bunyi ala-ala satu perbohongan kerajaan tahap Amerika dan Rusia , tapi tu bukanlah maksud dia sebenarnya. Tu cuma apa yang korang fikirkan bila dah otak korang tak mampu untuk memproses sesuatu yang jarang didengar. 


Kali ni aku nak bagi review sikit pasal Novel yang aku baca. Aku ni bukanlah penggemar novel tangkap leleh tapi novel Seram or Mistik aku bacalah bahkan Ramlee Awang Murshid tu aku kenal rapat, cuma dia jer tak kenal aku. Novel cinta Islam aku baca juga, tapi jarang-jarang and ada 1 novel cinta islam dari indonesia tapi dah dialih bahasa dengan page 7++ yang aku tak habis baca sebab penceritaan nya yang masih Indonesia. *Ganyang Malaysia!! *abaikan..


Ilusaniti kisah pasal sekumpulan kawan2 dari facebook fake yang first meet... novel ni starting dia hampir sama ngan kisah hidup akulah. And kisah ni banyak mainan perasaan and bab-bab hilang akal or bunuh membunuh or halusinasi. Sorrylah banyak sangat tulis or sebab aku nak bagi korang paham apa yang aku cuba nak sampaikan. Btw ending dia agak mengecewakan aku sebab memang tak menepati citarasa aku. Endingdia macam ni, diorang suma tahap malas nak pikir apa2, so diorang teruskan hidup, problem solve... WTHell....kan elok kalu diorng starting dari awal-awal buat macam tu, dah rasa macam kena tipu tengok citer seram melayu pulak.


Ni novel independence, banyak bahasa2 yang budak2 sekarang pakai, BTW ni satu pembaharuan lah dalam novel malaysia, sebab dah takda bahasa tahap ngantuk dah. Tapi aku masih still tak puas hati ending dia..nak jer aq buat sambungan untuk penulis tu.


Aku habiskan baca novel ni dari pukul 11 malam sampai 4.35 pagi waktu dalam train SP-KL Sentral. Berbaloi lah dari aku termenung pandang belakang umah *jalan train kan lalu belakang umah * orang kat dalam train tu. Dan pliss, kepada makcik-makcik yang bawa anak-anak tu, bagi anak anda minum ubat batuk banyak2 supaya budak2 tu senang tidur, sebab 4.35 tu aku ingat nak tidur sebelum sampai KL, tapi sebab anak makcik2 sekalian..tidu aku tergannggu...demmit...

HewHew, Bye, tujerlah untuk kali ni.....

Sunday, November 3, 2013

Cuti-Cuti 2013 (Pesona Cuti!)

Dude, please don't laugh..even aku punya tajuk macam rancangan or slot dekat TV3-Nona tapi peduli apa aku, aku nak letak jugak nama tu.


Tahun 2013 aku banyak berjalan dan bercuti dari belajar, nak buat macam mana, tu memang subjek apa yang aku belajar, so jangan jeles.Tapi aku tak pergi mana pun, tempat yang aku pergi Langkawi dengan Tree Top Walk Sedim Kedah.Siapa tahu Malaysia ada tempat cantik-cantikkan? Either korang pon kalau aku sebut Tambun, korang ingat tu satu daerah dekat Indonesia, cissss....sangat nakharom kan.Tapi untuk aku, negeri yang sangat aku nak pergi Perak.Sebab apa Perak? Perak ni ada vantage and classic value untuk aku.Bangunan dia sampailah kesultanan dan attraction dia bagi aq sesuatu yang awesome. Memang aku seorang yang old school dimana aq minat history dan benda-benda yang lama.So problem?



Btw, aku teringin sangat nak naik flight terbang pergi mana-mana. Dapat pergi Kudansang or Kota Kinabalu pon dah ok dah bagi aku. Nanti-nantilah aku cuba buat backpacking. 15,16,17 ni aku pergi Perak. Yes Perak, nama yang aku baru saja sebut tadi.Harap aku boleh enjoy dengan trip kali ni dan aku hanya akan update blog kalo ada gambar yang aku ambil dengan Baby Nikon aku ni, so takda gambar, tak da update..hehe
Lepas Perak mana pulak? urmmmm..










There was an error in this gadget