Beruk yang aku maksudkan bukanlah beruk yang berekor panjang, tapi beruk jadian yang telah merupakan diri menjadi manusia semata-mata untuk menunggang motor. Walaupun aku hanya memandu sebuah kereta buatan Malaysia, tak perlulah nak vroom2 bagai, aku tau kau tengah bawa awek lentik bertudung atas motor, dan kalau diberikan pilihan, aku memang nak bawak Alphard or Ampifire...tapi kereta tu aku angtar service *tipokk*
Tapi tu hanya mukadimah, bukan yang tu aku nak cerita, korang pernah jumpa hantu tak? Hantu dan aku ibarat musuh dalam selimut, sebab aku boleh rasa, dan untuk tengok sekali sekala saja. Aku pernah nampak Akak Ponti bin Anak terbang rendah waktu aku balik rumah naik motor dari PD ke Rembau. *yer sekali lagi nama Rembau disebut2* dan aku pernah nampak si Ponti terbang dekat tingkap rumah nenek aku dan aku pernah nampak jiran sebelah buang Puting Susu anak dia yang dah tak elok *walaupun Ponti dan Puting tak da kena mengena*
Waktu aku drive kereta tadi, aku ada ternampak bayangan Abang Poh Chong terbaring atas jalan, dalam 3 atau 4 saat saja. Tapi aku pasti memang aku nampak, tapi kenapa hanya 4 saat? mungkin si pocong tu takot tengok aku bawak kereta terlalu laju. Aku terfikir juga, aku hanya berhalunasi atau ianya sesuatu yang benar?
Apa pengalaman korang pula? Namun kita biarkan cerita ini dengan penuh Misteri, misterii, misteriii...
#Kejap, ada orang bagi salam dekat depan tapi tak jelas... di update: 2.26 AM
By saying amphifire you're referring to the toyota vellfire isn't it?
ReplyDeleteAhhaha jgn r marah ad wa gurau saja maa..
Alhamdulillah stkt ni mata masih ditutupi hijab x penah nmpak hantu2 ni tp klau kena kacau ikut suara tu penah r gak :D
seram, memang seram klu dah tahu hari2 tertentu dalam kelendar jawa.Dahulunya saya anggap cerita keliwon kat tv tu hiburan semata. Saya tidak peduli dan ambil tahu hari-hari jawa seperti poon, wageh, paeng, legi dan keliwon sehinggalah pengalaman mengubati kakak yang sakit. Sakit kakak tidak diketahui puncanya. Pakar perubatan memberi berbagai-bagai nama penyakit tetapi segala ubat dan rawatan tidak berkesan langsung.Wajahnya makin pucat dari hari ke hari, cengkung dan kurus melidi dari asalnya berisi. Puas hantar kakak keluar masuk hospital dan klinik kerajaan, swasta tidak ada perubahan akhirnya kami berikhtiar dengan perubatan alternatif iaitu perubatan traditional. Pelbagai ragam kerenah bomoh dan dukun kami temui sehinggalah akhirnya kami sampai ke kampung Belahan Tampok, Rengit, Batu Pahat, Johor bertemu Ustaz Adi Wijaya. Beliau bertugas di sekolah agama Daerah Pontian. Tidak tahu kenapa setelah mengira dan mencari punca penyakit beliau minta kami datang semula pada malam JUMAAT KELIWON untuk ritual perubatannya. Yang penting bagi kami, Alhamdulilah kakak telah sihat, pulih seperti sediakala. Saya paparkan kisah ini sebagai tanda kesyukuran kakak saya selamat dan bertujuan membantu sesama kita supaya tidak tertipu dengan bomoh palsu. Dapat saya rakam beberapa foto aksi perubatan beliau dalam :
ReplyDeletehttp://my.opera.com/saharaaban/albums/ atau
http://my.opera.com/saharaaban/albums/show.dml?id=14706102
Suka baca kisah Sahara Aban tentang ustaz adi wijaya.
ReplyDeleteDia bukan bomoh tetapi guru agama yang mengajar
di daerah Pontian, tinggal di kg belahan tampok,
rengit, batu pahat. Walaupun begitu sering terlibat dengan
proses pengubatan traditional.
Ada 1 crita lagi kisah benar tentang ustaz ni...…
Mak bersama abang long dan isteri baru
aje balik umrah dari Mekah, ambil pakej awal ramadhan.
Bertolak akhir bulan Sa’ban lalu mereka selalu kemana-mana
berempat : emak/abang/kakak ipar dan sorang lagi rakan
mak (perempuan jiran sekampung). Ayah kami dah
3 tahun lalu meninggal.
1 malam selesai solat terawih mak saya terpisah dari
kumpulan 4 orang tadi.Mak kebingungan untuk cari arah
Jalan pulang. Waktu itulah dia terserempak dengan Ustaz
Adi Wijaya ni. Mak kenal sangat ustaz tu sebab pernah
bertugas mendidik di sekolah agama yang berhampiran
rumah di kampong. termasuklah saya adalah bekas anak muridnya.
Di pendekkan cerita setelah bertegur sapa dan menceritakan
masaalahnya ustaz tu setuju untuk hantar mak balik ke penginapan.
Mak ikut Ustaz tu berjalan dari belakang, Tidak kekok, gayanya
macam dah biasa aje dengan selok belok jalan kota Mekah.
Mak sempat tanya “ustaz bila sampai sini ?”.
Ustaz Adi Wijaya jawab “Baru je… lepas maghrib tadi”.
Lepas tu ok lah tak de apa berlaku, mak pun
selamat sampai di penginapan semula.
Misteri muncul bila mereka semua selamat pulang
ke kampong halaman. Mak ceritakan kisah dia ditolong
ustaz Adi Wijaya ketika sesat di Mekah. Jiran tetangga
yang mengenal Ustaz tertanya-tanya sebab ada yang
nampak ustaz ke sekolah mengajar seperti biasa waktu tersebut.
Dua pupu kami juga mengatakan mereka bertemu
Ustaz dalam tempoh tersebut berkaitan perubatan
traditional di kediamannya.
Jadi siapa Ustaz Adi Wijaya yang menolong Mak di Mekah?
Adakah itu malaikat? Boleh seorang manusia berada
di 2 lokasi dalam 1 masa? Apakah beliau memiliki
kenderaan sepantas angin hingga membolehkannya
bertugas di Johor, Malaysia siang hari dan dapat
bersolat terawih di Mekahpada malamnya