Thursday, April 11, 2013

Kuih Ganti Nasi??

Aku cuma nak berkongsi kisah hidup aku, bukan nak meraih simpati sapa-sapa. Korang pernah lalui hidup susah tak? Apa perkara yang paling susah yang pernah korang lalui? Setakat cakap korang tertinggal bas sekolah waktu nak balik sekolah or nk cakap rumah korang kecik and hanya makan nasi berlaukkan ikan bilis padahal ikan bilis sekilo dekat RM24.00 ...korang patut bersyukur, sebab ada lagi orang lebih susah dari korang.


Aku pernah lalui hidup yang susah, sebab famili ayah dan mak aku bukan dari golongan berada dan bukan mewarisi harta-harta pusaka dari negeri-negeri setan dari cerita tiga abdul. Mak ayah aku hanya insan yang hidup susah dari kecil. Ayah aku seorang polis berpangkat rendah, mak aku pula seorang suri rumah. Hidup seorang polis dan gaji seorang polis tidak mampu menampung keluarga berjumlah 7 orang. Kami pernah makan beras temukut atau beras hancur yang diberikan utk ayam makan. 

Ayah aku ambil beras tu dari kawan dia. Kawan dia ada reban ayam yang besar. Kami adik beradik makan beras tu dengan lapar sekali. Kadang-kadang, kalau beras dan lauk tada, aku dan adik beradik hanya makan jemput2 goreng sebagai peganti nasi dan lauk dan tidur dengan perut yang lapar.

Kereta? Kami memang tada kereta nk dimegahkan. Ayah hanya mampu beli kereta setelah hampir 19 tahun bekerja, Itupun kereta secondhand. Selalu rosak, tapi kami dah bersyukur. Cacian? dah hadam dalam hati ni. Ada orang kata," sampai ke kereta ni nak bawak balik kg" dan ada pulak yang cakap "nanti tak payah tumpang kereta kami lagi" padahal aku tak pernah pon naik kereta dia.

Macam-macam lagi kesusahan yang aku hadapi, tapi malas nak ceritakan dekat sini. Semua susah senang tu kami sekeluarga hadapi dengan tenang. Mak ayah aku pentingkan pelajaran. Apa  yang mak aku selalu cakap ialah " Belajar pandai-pandai, kalau tak nak hidup susah" . Mungkin dengan kata-kata itulah aku dan adik-beradik aku gunakan sebagai motivasi. Along aku jadi akauntan, angah aku jadi pegawai polis, alang aku jadi pembantu doktor, adik aku bdk MRSM. Aku pulak?? Sekarang tengah training nak jadi chef.. InsyAllah aku kejar cita-cita aku. 

Kadang-kadang aku terpikir, bila kita dalam keadaan susah dan tertindas, kita akan lebih berdaya usaha. Kesian juga yang tak pernah merasa susah dari kecil, sebab bila hidup jadi susah, terus jatuh terduduk dan tergapai-gapai.

Bila kita dah senang belajarlah bersedekah dan membantu orang lain dalam apa cara sekalipun, sebab mungkin kita boleh motivasikan orang tu dan buat dia hidup lebih baik..betul tak? Hurmmm..

#aku selalu cuba tolong orang, walaupun orang tak pernah mintak..

No comments:

Post a Comment