Tuesday, April 16, 2013

Rembau Most Wanted Ke Australia

Hari ahad lepas aku pergi makan di satu kedai baba nyonya cusine dan owner dia seorang berbangsa cina muslim. Aku pergi makan lepas habis kerja dengan berbaju chef full set. Dan sesuatu yang tidak diduga telah berlaku.


Setiap manusia ada impian, dan impian aku bekerja di luar negara. Tokey kedai baba and nyonya tu sembang dengan aku, tanya apa aku buat and dah lama ke belajar dalam industri perhotelan ni?
Aku jawab yang termampu, owner ni ada banyak outlet restoran berkonsepkan masakkan cina muslim di sekitar Key-L dan Australia and dia mintak no aku dan akan telefon aku kalau nak ajak kerja dengan dia, Bagi aku ni merupakan peluang berlian ya, bukan keemasan.. aku bagi no telefon dan mengucapkan terima kasih dekat dia.

Dalam perjalanan balik ke Rembau, *memang ia rumah aku dekat rembau dan takda kes pembunuhan macam dalam lirik lagu WAGHIH tu ya,cuma kes bunuh nyamuk saja* aku terfikir, alangkah bestnya umur seusia macam aku dapat bekerja di oversea.. even member aku yang tak da high education and just bersandarkan sijik SPMV, dan  aku pon ada juga sijil tu dah boleh sampai dekat Saudi Arabia and bekerja sebagai tukang masak dekat sana. Sedangkan aku, masih belajar dan terus belajar and still jugak dalam malaysia...*hampehhh*

Kadang-kadang orang kata , "hujan emas dinegara orang, hujan batu dinegeri sendir, lebih baik dinegeri sendiri",* bagi aku, pepatah tu memang dah tak boleh pakai dan harus dipatah-patahakn agar lenyap dari muka bumi terus sebab, zaman sekarang, manusia harus keluar dari takuk lama...

Tapi aku faham, aku kena siap-siapkan diri dengan ilmu sebelum berhijrah ke tempat orang...hurmmm





No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget