Harini aku memulakan kehidupan di kitchen, outlet pertama yang aku ditempatkan ialah outlet malay, maknanya semua masakkan melayu akan disediakan di outlet malay ni, so harini first day aku, banyak benda aku kena buat sendiri , sebab harini hampir 1500 pax guest, sampaikan tempat untuk guest terpaksa dibahagikan 3 iaitu di restoran, pool cafe dan sky terrace. Aku ditempatkan di sky terrace, kena jaga makanan.
Korang boleh bayangkan tak, Sky terrace di tingkat 9 dan kitchen di ground floor, so kitaorang terpaksa turun naik untuk topap makanan yang dah habis, penatnya jangan cakaplah, kalo dapat duduk 5 minit pon, syukur ya amat, menitis air mata dibuatnya sebab dapat duduk.
Selesai saja breakfast dekat sky terrace, kena bawak semua tray makanan turun ke kitchen, ok pasal bawak turun makanan tu malas aku nak cakap, aku harap korang boleh imagine sendiri kan?
Kitchen still sibuk, sampai tak da orang yang nak guide aku apa aku perlu buat, so aku dengan ringan mulut and tangan buat sendiri apa-apa kerja dan cari kerja kosong. So pukul 4.30 baru kerja habis (sepatutnya pukul 3.00) and aku habiskan masa aku dengan update blog yang korang tengah baca sekarang ni.
The most important dekat sini, korang tau tak..harini sepatutnya hari cuti aku (sebab sebelum masuk kitchen aku dekat department Sport and recreation, sepatutnya dapat cuti dulu untuk tukar department), tapi chef tu sibuk sangat, sampaikan bila aku tanya, "Chef esok saya masuk pukul berapa?" dia jawab " Esok pukul 7 ok" jawab lak sambil tengok komputer je chef tu. And sebelum aku balik tadi, aku tengok nama aku tiada untuk jadual harini, maknanya esok hari Isnin baru aku start masuk kitchen..
Aku dah pandai buat amal jariah dengan beri tenaga aku secara percuma, korang bila lagi??
Tadi ada budak perempuan dalam umur 19 tahun, muka chinese look tanya aku, "abang kerja chef ker?" Aku dengan bangganya jawab "Ya".So dia mintak something dekat aku, nak tau dia mintak apa? Dia mintak pen.. aku pelik, apa punya tabiatlah.. so aku kasi, n then dia cakap, "sayang abang" aku tergamam.. dia simpan pen tu, and senyum2 , hurmmmm..pelikkan?
#Chef yang hebat2 selalunya orang lelakikan?tapi chef yang hebat2 tu membesar dengan air tangan seorang perempuan begelar ibu. :)
No comments:
Post a Comment