Thursday, February 11, 2016

Hanya Restart Tak Perlu ShutDown

Bila laptop buat hal, jangan cabut bateri, tak perlu tekan butang shutdown lelama. Nanti rosak, menjawablah kau....


Restart semula hidup aku, 
Setelah lama ber hibernate,
Nasib tak shutdown..
Alhamdulillah.

Semangat Baru!!! 

Dah lama aku berehat dekat rumah dengan bisnes kek yang kadang-kadang ada permintaan, tapi kadang-kadang terpaksa tolak. Bukan apa, bukan nak belagak, tapi equipment tak cukup. takkan nak aku bakar kek pakai dapor arang. Ko senanglah cakap kata aku bagi alasan,meh aku tepok molot tu, sesedap ja kata aku malas.

2016 dah sekarang, sembang pasal tahun baru ni walaupun dah masuk bulan 2, tak taulah aku nak cakap tapi ada benda aku nak cakap juga, taun 2015 pon dua ketul ja aku update ini blog. Acah-acah bentang bajet Malaysia, setahun sekali agaknya..kih3. Umur aku dah cecah 24, bunyi macam tua tapi still "hipster". Tahun ni saja berapa ramai kawan aku dah bertunang n kahwin, so kita yang student ni telan ayaq lioq jelah.

Marka pon xda, nak bagi dekat, dia boleh pi jauh..beselah dengan ayat cliche "kita kwan dulu" n " awak terlalu baik untuk saya" itu semua ayat novel acctualy...tapi ayat2 tu takdalah aku dapat cuma recycle balik apa yang kita pernah dengaq n selalu dengaq..hehehe...pompuan beb.

So untuk tahun 2016 ni aku dah sem 4 untuk Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti Antarabangsa. Dekat mana tu cariklah sendiri mana kos tu ada.

Belaja okay, cuma besalah, kadang-kadang kena pejam mata bila apa yang kita harap tak mengikut hasil yang kita mahu.

Tahun 2016 ni tengah merancang next move untuk future. Bila sembang pasal future bukan pasal kawin ja na, macam-macam lagi woi. Macam-macam aku dok pikir-pikir. Nak wujudkan satu bisnes sebelum habis belajar,tapi tak tau bisnes apa. Bunyi best, tapi bolehker ? 

Sembang pasal dropship,mlm,bisnes atas talian,saham atas talian, aku memang kurang pecaya sangat bisnes-bisnes jenis ni. Sebab tak nampak benda tu depan mata.

Pasal award for myself, kalau bolehlah..tiap-tiap bulan nak berjalan. Aku sekarang memang tengah gila nak berjalan. Kalau bolehlah,masalahnya student,t akmaulah pakai duit ptptn pi melancong. Tu namanya bodoh,kalau duit Brim takpa.hahaha

Cuma nak pesan, kalau hampa ada maltlamat,impian,mimpi ka..teruskan,jangan biaq benda tu sangkut tengah jalan, nanti takot bila hampa nak patah balik, jauh sangat..

Adios!

1 comment:

  1. Hai Faiq ada buat segmen Pencarian Bloglist. Jom join

    http://najmi-faiq.blogspot.my/2018/02/segmen-pencarian-bloglist-faiq-najmi.html

    ReplyDelete