Saturday, August 3, 2013

Setiap Gambar Ada Ceritanya (POSKAD)

Fuuuuhhhhhhhhhhhhhhh...
Berabuk blog aq, dah berapa lama gua tinggalkan blog ini tanpa penghuni, serammmm meyh...takut ada penunggu yang tolong jagakan, tapi gua tak nak sembang banyak, semester 5 mengajar gua untuk bekerja lebih kuat lagi, tambah2 kena time bulan ramadan, so terpaksa berentap di dapur untuk sediakan buffet ramadan. But kali ini gua just nak update gambar2 gua waktu gi Melaka dengan member yang bolehlah gua anggap sebagai poskad..hehehe, enjoy beb..










Friday, May 24, 2013

SANGKAQ BEDURI

Sebenarnya nama tajuk tu tak da masalah ejaan pon, memang aku yang taip perkataan tu and time menaip tu aku masih waras, aku tak pernah gagal BM, dan korang jangan nak cari point down kan aku sebab ejaan tajuk tu yang kurang betul walaupun BM korang mencapai Paradigma Tertinggi disekolah rendah...*heheh, joke saja..


Sebab aku letak tajuk nih? aku nak cerita something....

Semalam aku keluar dengan seorang rakan rapat aku dari sekolah rendah and sampai sekarang, apa yang aku suka bila keluar and berkawan dengan dia, aku tak perlu jadi orang lain dan berlakon watak orang lain, aku adalah aku. 

Sebab aku cakap macam tu? Aku rasa happy jumpa kawan aku nih, dia selalu buat aku happy, aku suka dengar dia bersembang, apa segala yang dia buat and reaction semuanya lawak bagi aku. And dia pulak suka mintak nasihat aku kalau dia ada apa-apa masalah.

Aku tau, semua orang dalam dunia ni cuma manusia dipentas dunia, berlakon saja lebih, tapi habok tadak...tapi cuba kita cari kawan yang betul-betul dapat terima siapa diri kita, and time tu, korang dapat rasa, korang ibarat orang yang paling bebas dan takda masalah dekat dunia ni .

Selagi diri sebenar korang tu tak bertentang dengan agama, teruskanlah, kalau dah bertentang, aku harap korang cepat2lah solat taubat yer.. *hehehe

And then pernah ada kawan aku tanya aku, "kenapa kau suka tegur orang and sembang dengan orang tu walhal kau tak berapa kenal dia and cara kau tu, plastik sangat" jawapan aku senang ja " Wakil rakyat kena tegur semua orang, baru orang perasaan kita ada di persekitran mereka" Ok tolong jangan muntah bila baca ayat tu, tapi aku rasa jawapan aku tu berbaloi, sebab..kalau kita amalkan benda tu, orang akan perasaan kehadiran kita...either kita berlakon kan.. tapi mak peduli ape noksss, janji aku buat baik, bukan cari pasal..

Sangkaq beduri dengan kisah aku ni apa kena mengena? aku harap orang yang baca pahamlah, sebab korang pon dah besaq panjang...orang tua2 kata, "dah pandai layan porno" Bye!

#yang ayat last tu aku tipok..kah3..
Dikemaskini pada 3.44AM (24.5.2013)



Friday, May 17, 2013

NASI LEMAK DOT COM

Bila sebut pasal nasi lemak, semua orang fikir nasi lemak merupakan racun kepada masyarakat sebab mengemukkan orang-orang dimalaysia, walaupun korang tu dari azali lagi memang gemuk bukan kerana nasi lemak. biasalah adat orang Malaysia cari dahan nak berpaut..means suka salahkan orang lain..ngeh3..


Tajuk kali ni mungkin pelik , tapi aku nak juga cerita pasal nasi lemak walaupon korang ugut nak kerat jari-jari aku dari terus menaip.

Apa kehebatan nasi lemak nih? Sebab lemak ker? Aku berani cakap orang cina pon dah pandai masak nasi lemak , dan jangan korang nak bangga kata korang terer masak nasi lemak sebab korang orang melayu, puiii, goreng telur pon hangit..tadi adik aku baru habiskan sebungkus nasi lemak depan aku, dan ianya agak meragut nafsu aku, sebab aku on diet sekarang..aku tak makan segala makanan dari kabohidrat kecuali yang berprotein.

Korang pernah terfikir tak asal nasi lemak? Aku ni boleh dikatakan macam2 nasi lemak aku dah makan, and ada satu jenis nasi lemak dekat penang yang orang ramai suka. Walhal tu bukanlah nasi lemak, tapi lebih kepada nasi kandar, btw orang still ramai dekat kedai tu and suka ditipu, mungkin bukan suka ditipu, tapi diorang cari kelainan nasi lemak yang dimana tukang masak tu tersilap resepi.

Boleh dikatakan nasi lemak ni merupakan makanan popular dekat malaysia, bila aku kata popular tu janganlah dok sangkal.. ada lah yang menyibuk nak kata roti canai, nasi dagang tu lagi popular .Sibok ja.ni blog aku, biarlah aku nak menangkan nasi lemak tu.

Orang cina, india , melayu semua dok balun nasi lemak bila breakfast, tak cukup dengan tu, malam-malam pon dok cari nasi lemak. Mungkin juga nasi lemak ni jadi kegilaan sebab harga yang ekonomi dan lengkap dengan serat,protein,karbohidrat and sambal..ye sambal. Nasi lemak tanpa sambal ibarat tonton wayang kungfu tanpa kungfu, ibarat berperang tanpat senjata. Mungkin perumpamaan aku agak melampau.. sory 
-___-''

Nasi lemak sambal sotong, sambal ikan, sambal ayam and rendang ayam merupakan nasi lemak yang derhaka sebab mengubah persepsi nasi yang serba ringkas kepada nasi berlauk, Tapi tekak masing-masing kan, biarlah janji perut kenyang and hati senang.

Tu sajalah yang aku nak cakap, and btw, minggu depan aku nak meniaga nasi lemak..jemput datang dekat gerai aku..ngeh3..

#Pernah jumpa nasi lemak tanpa timun and ikan bilis? aku selalu jumpa dan ini merupakan nasi lemak paling derhaka sebab si penjual nak untung lebih tapi nasi lemak yang dijual tak berkualiti...baikot jer kedai macam ni..

Monday, May 13, 2013

Motivasi Ke Rotibasi??

Apa perasaan korang bila korang meletakkan diri sebagai motivator untuk orang lain dengan tujuan untuk membantu orang itu walaupun orang itu tidak meminta bantuan korang? Bagi aku ianya sesuatu kepuasan tambahan jika dilakukan dengan ikhlas, kerana dengan bantuan kita itu, mungkin kita berjaya mengubah hidup orang lain. Kira kita ni herolah, cuma tak pakai baju superhero.



Aku ada seorang saudara dari perlis. Bagi aq budak ni seorang yang bijak and baik but sedikit malas. "Maaf kalau terasa yer Muhd Nurizin".

Okeh tapi bukan kisah budak busuk tu yang aku nak ceritakan dan dia bukanlah HERO untuk cerita kali nih, tapi aku nak buka mata semua orang kemampuan manusia yang korang tak pernah terfikir. Aku boleh cakap, aku suka amalkan pemikiran think out of the box.

Pernah tak korang terfikir, masalah yang korang kata besar tu sebenarnya hanyalah sekecil -kecilnya, dengan syarat, korang kene create jalan untuk solve masalah tu . Jangan main langgar jer nak solve masalah.

Aku  ada masuk satu program motivasi dimana kawan aku, telah dihipnopsis hinggakan dia fikir diri dia adalah sebatang kayu, nak tau apa kami buat dekat dia? kami letak kepala dia dan kaki dia dekat kerusi, sementara badan tengah-tengahnya tergantung dan kami duduk atas perut dia, tapi dia tak terjatuh langsung. Ajaib kan? tulah kehebatan minda kita, tiada masalah yang tak boleh selesaikan.

Manada manusia yang tak cerdik and tak pandai, bila kita fikir diri kita macam tu, so kita akan jadi macam tu. Adik aku seorang yang boleh dikatakan bijak sebab UPSR dia dapat 5A dan PMR dia dapat 8A, but semenjak-menjak ni dia jadi pemalas. Aku motivate dia, tapi aku x marah, aku buka minda dia bagi dia nampak masa depan dia, walaupun orang kata masih terlalu awal aku nak suruh dia fikir benda-benda macam tu, tapi tu bukan halangannya . And now dia dah mula rajin belajar. Senang kan?

Manusia tidak akan nampak kemahuan diri dia jika dia sendiri tak rancang halatuju dirinya. So kepada Muhd Nurizin, peluang tu sentiasa ada, kalau rasa diri tu terlepas peluang, banyak lagi yang akan datang, jangan fikir diri tu loser, cuba berfikir berbeza dari cara orang biasa-biasa berfikir, kalau ada masalah bagitahu, walaupun aku bukan famili korang, tapi aku cuba tolong selagi aku boleh tolong.

Korang boring baca update aku kali ni?? Masalah ker?? Tak kan.. *hahaha * Dan sekarang aku terfikir dekat mana aku nak start meniaga nasi lemak, cari duit untuk cuti 2 bulan ni...adehhh -_____-''

#Dikemaskini padan jam 11.42 AM (13/5/2013)

Friday, April 26, 2013

Touch N Go

Aku rasa semua orang pernah rasa, dan sapa yang tak pernah rasa beruntung sebab boleh dikatakan korang merupakan insan terpilih..


Touch N Go yang aku maksudkan dekat sini bukanlah pasal perkara negatif tentang perhubungan touch n go seorang lelaki dan perempuan yang lebih menjurus kepada seks, tapi aku nak cakap pasal persahabatan.

Waktu aku kecik-keci dulu aku tinggal dekat Kuala Perlis, Perlis. Aku ada sorang kawan yang sesangat rapat dengan aku dan sampailah dia pindah waktu aku darjah 3, aku dah takda kawan yang betul-betul boleh buat kawan sampai aq naik darjah 6 , waktu dia pindah, aq boleh nangis...gua laki beb, malu plak bila pikir. 

Aku jenis senang nak berkawan dengan orang dan selalunya kalau aku dah rapat dengan seseorang tu, aku terpaksa tinggalkan orang yang aku rapat tu sebab berpindah atau orang yang aku rapat tu pula buat perkara sebaliknya. Jadi agak susah untuk aku dapat kawan yang rapat dari waktu sekolah sampai umur aku dah menginjak dewasa.

Agak tidak seronok bila kita takda kawan-kawan dari kecil yang kita boleh tengok dari dia berhingus sampailah satu tahap dia pula lap hingus anak dia, time tu kita boleh judge berjaya atau tak kawan kita atau kawan kita yang judge kita.

Aku pernah jumpa kawan waktu dekat uitm, kawan yang betul-betul paham macam mana aku, and aku paham macam mana dia..tapi macam biasa, mesti ada perpisahan..

Dan sekarang , aku payah nak jumpa kawan macam tu lagi..hurmmm,aku harap..masih ada sinar disebalik mendung tu.. 

hurmmm



Friday, April 19, 2013

Malam Keliwon

AKu drive kereta ke tempat kerja dan mengambil masa selama 45 minit. Dalam keadaan yang kepenatan kerana kerja di kitchen sebuah hotel, ianya agaklah heavy dan menjadi satu kepantangan untuk aku apabila aku drive terdapat sekor dua ekor beruk atas jalan raya.


Beruk yang aku maksudkan bukanlah beruk yang berekor panjang, tapi beruk jadian yang telah merupakan diri menjadi manusia semata-mata untuk menunggang motor. Walaupun aku hanya memandu sebuah kereta buatan Malaysia, tak perlulah nak vroom2 bagai, aku tau kau tengah bawa awek lentik bertudung atas motor, dan kalau diberikan pilihan, aku memang nak bawak Alphard or Ampifire...tapi kereta tu aku angtar service *tipokk*

Tapi tu hanya mukadimah, bukan yang tu aku nak cerita, korang pernah jumpa hantu tak? Hantu dan aku ibarat musuh dalam selimut, sebab aku boleh rasa, dan untuk tengok sekali sekala saja. Aku pernah nampak Akak Ponti bin Anak terbang rendah waktu aku balik rumah naik motor dari PD ke Rembau.  *yer sekali lagi nama Rembau disebut2* dan aku pernah nampak si Ponti terbang dekat tingkap rumah nenek aku dan aku pernah nampak jiran sebelah buang Puting Susu anak dia yang dah tak elok *walaupun Ponti dan Puting tak da kena mengena*

Waktu aku drive kereta tadi, aku ada ternampak bayangan Abang Poh Chong terbaring atas jalan, dalam 3 atau 4 saat saja. Tapi aku pasti memang aku nampak, tapi kenapa hanya 4 saat? mungkin si pocong tu takot tengok aku bawak kereta terlalu laju. Aku terfikir juga, aku hanya berhalunasi atau ianya sesuatu yang benar? 

Apa pengalaman korang pula? Namun kita biarkan cerita ini dengan penuh Misteri, misterii, misteriii...

#Kejap, ada orang bagi salam dekat depan tapi tak jelas... di update: 2.26 AM

Tuesday, April 16, 2013

Wakil Barisan Nasional di Negeri Sembilan

Wakil Barisan Nasional untuk Negeri Sembilan.
SUmber: Ibupejabat MB Negeri Sembilan
8 PARLIMEN: P126 Jelebu-Zainuddin Hj Ismai
P127 Jempol-Tan Sri Md Isa Md Samad
P128 Seremban-Dato Dr Yaw Chiang Yau
P129 Kuala Pilah-Dato Hasan b Malik
P130 Rasah-En.Teow Eng Kian
P131 Rembau-Khairy Jamaluddin
P132 Telok Kemang-Dato Moghan a/l
P133 Tampin-Dato Sri Shaziman b Abu Mansor
******
******
36 DUN: N01 Chennah-En Siow Fu Weng
N02 Pertang-Dato Jalaluddin Alias
N03 Sungai Lui-En Mohd Radzi Md Ali
N04 Klawang-Dato Yunus bin Rahmat
N05 Serting-Dato Shamsul Kahar
N06 Palong-Dato Lilah b Yasin
N07 Jeram Padang-Manikam a/l letchumanan
N08 Bahau-Dr Yee Mi Fao
N09 Lenggeng-Dato Ishak b Ismail
N10 Nilai-En Gan Chi Liau
N11 Lobak-En Titan Ho
N12 Temiang-En Lee Kee Chong
N13 Sikamat-Pn Wan Salawati b Abdullah
N14 Ampangan-Tn Hj Abu Ubaidah
N15 Juaseh-Dato Md Radzi
N16 Seri Menanti-Dato Abdul Samad Ibrahim
N17 Senaling-Dato Ismail b Lasim
N18 Pilah-Dato Norhayati bt Omar
N19 Johol-Ustaz Md Fadzil Abu Kassim
N20 Labu-Dato Hashim b Rosli
N21 Bukit Kepayang-Pn.Wong Fui Fong
N22 Rahang-Pn.Julia Wong Pek Lim
N23 Mambau-Dato Yow Cok Tai
N24 Senawang-En.David chung Wei Hei
N25 Paroi-En.Mohd Ghazali Abd Wahid
N26 Chembong-Dato Zaiful Bahari Idris
N27 Rantau-Hj Ahmad Hassan (Mb)
N28 Kota-Dato Dr Said Awaluddin
N29 Chuah-Dato Sri Dr Lim Chi Fui
N30 Lukut-En.Vincent Yong
N31 Bagan Pinang-Tn Hj Khairuddin Tun Abu Bakar
N32 Linggi-En.Abdul Rahman b Redza
N33 Port Dickson-Dr Tanaletchmy
N34 Gemas-En.Abdul Razak b Said
N35 Gemencheh-En.Mohd Isham b Nizar
N36 Repah-En.Yap Siong Fook
 — di Pejabat Umno Seremban.