Friday, November 8, 2013

Kenapa Jepun Suka Matahari

Aku memang tali barut Jepun, kalau boleh aku nak hidupkan balik Asian Untuk Asian. Lantaklah kerajaan Malaysia nak tangkap aku and buat tahanan untuk tahu rahsia-rahsia kerajaan yang aku tau..


Biasalah aku, mesti merepek sebelum serius, acam somel jer-acam somel jer kan? Aku taknak pon cerita pasal Jepun acctualy,  Aku cuma nak update gambar ni jer. Mintak maaflah kalau korang tengok entry aku pendek macam ni..tolong jangan apa2kan diri korang macam kelar tangan or gantung diri sebab rasa tertipu dengan aku tahap dewa kali ni. Aku dapat post ni jer...Ngeh3..

Sorry.. :'(

#Update sambil makan nugget...nyum3

Thursday, November 7, 2013

Ape Benda Ntah ILUSANITI ?

Walaupun tajuk kali ni macam agak sedikit heavy  dan bunyi ala-ala satu perbohongan kerajaan tahap Amerika dan Rusia , tapi tu bukanlah maksud dia sebenarnya. Tu cuma apa yang korang fikirkan bila dah otak korang tak mampu untuk memproses sesuatu yang jarang didengar. 


Kali ni aku nak bagi review sikit pasal Novel yang aku baca. Aku ni bukanlah penggemar novel tangkap leleh tapi novel Seram or Mistik aku bacalah bahkan Ramlee Awang Murshid tu aku kenal rapat, cuma dia jer tak kenal aku. Novel cinta Islam aku baca juga, tapi jarang-jarang and ada 1 novel cinta islam dari indonesia tapi dah dialih bahasa dengan page 7++ yang aku tak habis baca sebab penceritaan nya yang masih Indonesia. *Ganyang Malaysia!! *abaikan..


Ilusaniti kisah pasal sekumpulan kawan2 dari facebook fake yang first meet... novel ni starting dia hampir sama ngan kisah hidup akulah. And kisah ni banyak mainan perasaan and bab-bab hilang akal or bunuh membunuh or halusinasi. Sorrylah banyak sangat tulis or sebab aku nak bagi korang paham apa yang aku cuba nak sampaikan. Btw ending dia agak mengecewakan aku sebab memang tak menepati citarasa aku. Endingdia macam ni, diorang suma tahap malas nak pikir apa2, so diorang teruskan hidup, problem solve... WTHell....kan elok kalu diorng starting dari awal-awal buat macam tu, dah rasa macam kena tipu tengok citer seram melayu pulak.


Ni novel independence, banyak bahasa2 yang budak2 sekarang pakai, BTW ni satu pembaharuan lah dalam novel malaysia, sebab dah takda bahasa tahap ngantuk dah. Tapi aku masih still tak puas hati ending dia..nak jer aq buat sambungan untuk penulis tu.


Aku habiskan baca novel ni dari pukul 11 malam sampai 4.35 pagi waktu dalam train SP-KL Sentral. Berbaloi lah dari aku termenung pandang belakang umah *jalan train kan lalu belakang umah * orang kat dalam train tu. Dan pliss, kepada makcik-makcik yang bawa anak-anak tu, bagi anak anda minum ubat batuk banyak2 supaya budak2 tu senang tidur, sebab 4.35 tu aku ingat nak tidur sebelum sampai KL, tapi sebab anak makcik2 sekalian..tidu aku tergannggu...demmit...

HewHew, Bye, tujerlah untuk kali ni.....

Sunday, November 3, 2013

Cuti-Cuti 2013 (Pesona Cuti!)

Dude, please don't laugh..even aku punya tajuk macam rancangan or slot dekat TV3-Nona tapi peduli apa aku, aku nak letak jugak nama tu.


Tahun 2013 aku banyak berjalan dan bercuti dari belajar, nak buat macam mana, tu memang subjek apa yang aku belajar, so jangan jeles.Tapi aku tak pergi mana pun, tempat yang aku pergi Langkawi dengan Tree Top Walk Sedim Kedah.Siapa tahu Malaysia ada tempat cantik-cantikkan? Either korang pon kalau aku sebut Tambun, korang ingat tu satu daerah dekat Indonesia, cissss....sangat nakharom kan.Tapi untuk aku, negeri yang sangat aku nak pergi Perak.Sebab apa Perak? Perak ni ada vantage and classic value untuk aku.Bangunan dia sampailah kesultanan dan attraction dia bagi aq sesuatu yang awesome. Memang aku seorang yang old school dimana aq minat history dan benda-benda yang lama.So problem?



Btw, aku teringin sangat nak naik flight terbang pergi mana-mana. Dapat pergi Kudansang or Kota Kinabalu pon dah ok dah bagi aku. Nanti-nantilah aku cuba buat backpacking. 15,16,17 ni aku pergi Perak. Yes Perak, nama yang aku baru saja sebut tadi.Harap aku boleh enjoy dengan trip kali ni dan aku hanya akan update blog kalo ada gambar yang aku ambil dengan Baby Nikon aku ni, so takda gambar, tak da update..hehe
Lepas Perak mana pulak? urmmmm..










Sunday, August 11, 2013

Malaysia Raya

Selamat Hari Raya Aidilfitri yang terlewat, seperti biasa gua akan habiskan masa-masa singkat gua ni dengan berhari raya dengan sepuas-puasnya dan gua update gambar kali ni pon sebab gua update gambar curi-curi...see!! nak update gambar pon kena curi-curi...sebab apa? sebab cuti raya gua kali ini amat singkat...malam ni gua terpaksa berangkat ke Arau, Perlis untuk meneruskan jihad gua sebagai seorang pelajar...apa2 pun..

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin..


Saturday, August 3, 2013

Setiap Gambar Ada Ceritanya (POSKAD)

Fuuuuhhhhhhhhhhhhhhh...
Berabuk blog aq, dah berapa lama gua tinggalkan blog ini tanpa penghuni, serammmm meyh...takut ada penunggu yang tolong jagakan, tapi gua tak nak sembang banyak, semester 5 mengajar gua untuk bekerja lebih kuat lagi, tambah2 kena time bulan ramadan, so terpaksa berentap di dapur untuk sediakan buffet ramadan. But kali ini gua just nak update gambar2 gua waktu gi Melaka dengan member yang bolehlah gua anggap sebagai poskad..hehehe, enjoy beb..










Friday, May 24, 2013

SANGKAQ BEDURI

Sebenarnya nama tajuk tu tak da masalah ejaan pon, memang aku yang taip perkataan tu and time menaip tu aku masih waras, aku tak pernah gagal BM, dan korang jangan nak cari point down kan aku sebab ejaan tajuk tu yang kurang betul walaupun BM korang mencapai Paradigma Tertinggi disekolah rendah...*heheh, joke saja..


Sebab aku letak tajuk nih? aku nak cerita something....

Semalam aku keluar dengan seorang rakan rapat aku dari sekolah rendah and sampai sekarang, apa yang aku suka bila keluar and berkawan dengan dia, aku tak perlu jadi orang lain dan berlakon watak orang lain, aku adalah aku. 

Sebab aku cakap macam tu? Aku rasa happy jumpa kawan aku nih, dia selalu buat aku happy, aku suka dengar dia bersembang, apa segala yang dia buat and reaction semuanya lawak bagi aku. And dia pulak suka mintak nasihat aku kalau dia ada apa-apa masalah.

Aku tau, semua orang dalam dunia ni cuma manusia dipentas dunia, berlakon saja lebih, tapi habok tadak...tapi cuba kita cari kawan yang betul-betul dapat terima siapa diri kita, and time tu, korang dapat rasa, korang ibarat orang yang paling bebas dan takda masalah dekat dunia ni .

Selagi diri sebenar korang tu tak bertentang dengan agama, teruskanlah, kalau dah bertentang, aku harap korang cepat2lah solat taubat yer.. *hehehe

And then pernah ada kawan aku tanya aku, "kenapa kau suka tegur orang and sembang dengan orang tu walhal kau tak berapa kenal dia and cara kau tu, plastik sangat" jawapan aku senang ja " Wakil rakyat kena tegur semua orang, baru orang perasaan kita ada di persekitran mereka" Ok tolong jangan muntah bila baca ayat tu, tapi aku rasa jawapan aku tu berbaloi, sebab..kalau kita amalkan benda tu, orang akan perasaan kehadiran kita...either kita berlakon kan.. tapi mak peduli ape noksss, janji aku buat baik, bukan cari pasal..

Sangkaq beduri dengan kisah aku ni apa kena mengena? aku harap orang yang baca pahamlah, sebab korang pon dah besaq panjang...orang tua2 kata, "dah pandai layan porno" Bye!

#yang ayat last tu aku tipok..kah3..
Dikemaskini pada 3.44AM (24.5.2013)



Friday, May 17, 2013

NASI LEMAK DOT COM

Bila sebut pasal nasi lemak, semua orang fikir nasi lemak merupakan racun kepada masyarakat sebab mengemukkan orang-orang dimalaysia, walaupun korang tu dari azali lagi memang gemuk bukan kerana nasi lemak. biasalah adat orang Malaysia cari dahan nak berpaut..means suka salahkan orang lain..ngeh3..


Tajuk kali ni mungkin pelik , tapi aku nak juga cerita pasal nasi lemak walaupon korang ugut nak kerat jari-jari aku dari terus menaip.

Apa kehebatan nasi lemak nih? Sebab lemak ker? Aku berani cakap orang cina pon dah pandai masak nasi lemak , dan jangan korang nak bangga kata korang terer masak nasi lemak sebab korang orang melayu, puiii, goreng telur pon hangit..tadi adik aku baru habiskan sebungkus nasi lemak depan aku, dan ianya agak meragut nafsu aku, sebab aku on diet sekarang..aku tak makan segala makanan dari kabohidrat kecuali yang berprotein.

Korang pernah terfikir tak asal nasi lemak? Aku ni boleh dikatakan macam2 nasi lemak aku dah makan, and ada satu jenis nasi lemak dekat penang yang orang ramai suka. Walhal tu bukanlah nasi lemak, tapi lebih kepada nasi kandar, btw orang still ramai dekat kedai tu and suka ditipu, mungkin bukan suka ditipu, tapi diorang cari kelainan nasi lemak yang dimana tukang masak tu tersilap resepi.

Boleh dikatakan nasi lemak ni merupakan makanan popular dekat malaysia, bila aku kata popular tu janganlah dok sangkal.. ada lah yang menyibuk nak kata roti canai, nasi dagang tu lagi popular .Sibok ja.ni blog aku, biarlah aku nak menangkan nasi lemak tu.

Orang cina, india , melayu semua dok balun nasi lemak bila breakfast, tak cukup dengan tu, malam-malam pon dok cari nasi lemak. Mungkin juga nasi lemak ni jadi kegilaan sebab harga yang ekonomi dan lengkap dengan serat,protein,karbohidrat and sambal..ye sambal. Nasi lemak tanpa sambal ibarat tonton wayang kungfu tanpa kungfu, ibarat berperang tanpat senjata. Mungkin perumpamaan aku agak melampau.. sory 
-___-''

Nasi lemak sambal sotong, sambal ikan, sambal ayam and rendang ayam merupakan nasi lemak yang derhaka sebab mengubah persepsi nasi yang serba ringkas kepada nasi berlauk, Tapi tekak masing-masing kan, biarlah janji perut kenyang and hati senang.

Tu sajalah yang aku nak cakap, and btw, minggu depan aku nak meniaga nasi lemak..jemput datang dekat gerai aku..ngeh3..

#Pernah jumpa nasi lemak tanpa timun and ikan bilis? aku selalu jumpa dan ini merupakan nasi lemak paling derhaka sebab si penjual nak untung lebih tapi nasi lemak yang dijual tak berkualiti...baikot jer kedai macam ni..

Monday, May 13, 2013

Motivasi Ke Rotibasi??

Apa perasaan korang bila korang meletakkan diri sebagai motivator untuk orang lain dengan tujuan untuk membantu orang itu walaupun orang itu tidak meminta bantuan korang? Bagi aku ianya sesuatu kepuasan tambahan jika dilakukan dengan ikhlas, kerana dengan bantuan kita itu, mungkin kita berjaya mengubah hidup orang lain. Kira kita ni herolah, cuma tak pakai baju superhero.



Aku ada seorang saudara dari perlis. Bagi aq budak ni seorang yang bijak and baik but sedikit malas. "Maaf kalau terasa yer Muhd Nurizin".

Okeh tapi bukan kisah budak busuk tu yang aku nak ceritakan dan dia bukanlah HERO untuk cerita kali nih, tapi aku nak buka mata semua orang kemampuan manusia yang korang tak pernah terfikir. Aku boleh cakap, aku suka amalkan pemikiran think out of the box.

Pernah tak korang terfikir, masalah yang korang kata besar tu sebenarnya hanyalah sekecil -kecilnya, dengan syarat, korang kene create jalan untuk solve masalah tu . Jangan main langgar jer nak solve masalah.

Aku  ada masuk satu program motivasi dimana kawan aku, telah dihipnopsis hinggakan dia fikir diri dia adalah sebatang kayu, nak tau apa kami buat dekat dia? kami letak kepala dia dan kaki dia dekat kerusi, sementara badan tengah-tengahnya tergantung dan kami duduk atas perut dia, tapi dia tak terjatuh langsung. Ajaib kan? tulah kehebatan minda kita, tiada masalah yang tak boleh selesaikan.

Manada manusia yang tak cerdik and tak pandai, bila kita fikir diri kita macam tu, so kita akan jadi macam tu. Adik aku seorang yang boleh dikatakan bijak sebab UPSR dia dapat 5A dan PMR dia dapat 8A, but semenjak-menjak ni dia jadi pemalas. Aku motivate dia, tapi aku x marah, aku buka minda dia bagi dia nampak masa depan dia, walaupun orang kata masih terlalu awal aku nak suruh dia fikir benda-benda macam tu, tapi tu bukan halangannya . And now dia dah mula rajin belajar. Senang kan?

Manusia tidak akan nampak kemahuan diri dia jika dia sendiri tak rancang halatuju dirinya. So kepada Muhd Nurizin, peluang tu sentiasa ada, kalau rasa diri tu terlepas peluang, banyak lagi yang akan datang, jangan fikir diri tu loser, cuba berfikir berbeza dari cara orang biasa-biasa berfikir, kalau ada masalah bagitahu, walaupun aku bukan famili korang, tapi aku cuba tolong selagi aku boleh tolong.

Korang boring baca update aku kali ni?? Masalah ker?? Tak kan.. *hahaha * Dan sekarang aku terfikir dekat mana aku nak start meniaga nasi lemak, cari duit untuk cuti 2 bulan ni...adehhh -_____-''

#Dikemaskini padan jam 11.42 AM (13/5/2013)

Friday, April 26, 2013

Touch N Go

Aku rasa semua orang pernah rasa, dan sapa yang tak pernah rasa beruntung sebab boleh dikatakan korang merupakan insan terpilih..


Touch N Go yang aku maksudkan dekat sini bukanlah pasal perkara negatif tentang perhubungan touch n go seorang lelaki dan perempuan yang lebih menjurus kepada seks, tapi aku nak cakap pasal persahabatan.

Waktu aku kecik-keci dulu aku tinggal dekat Kuala Perlis, Perlis. Aku ada sorang kawan yang sesangat rapat dengan aku dan sampailah dia pindah waktu aku darjah 3, aku dah takda kawan yang betul-betul boleh buat kawan sampai aq naik darjah 6 , waktu dia pindah, aq boleh nangis...gua laki beb, malu plak bila pikir. 

Aku jenis senang nak berkawan dengan orang dan selalunya kalau aku dah rapat dengan seseorang tu, aku terpaksa tinggalkan orang yang aku rapat tu sebab berpindah atau orang yang aku rapat tu pula buat perkara sebaliknya. Jadi agak susah untuk aku dapat kawan yang rapat dari waktu sekolah sampai umur aku dah menginjak dewasa.

Agak tidak seronok bila kita takda kawan-kawan dari kecil yang kita boleh tengok dari dia berhingus sampailah satu tahap dia pula lap hingus anak dia, time tu kita boleh judge berjaya atau tak kawan kita atau kawan kita yang judge kita.

Aku pernah jumpa kawan waktu dekat uitm, kawan yang betul-betul paham macam mana aku, and aku paham macam mana dia..tapi macam biasa, mesti ada perpisahan..

Dan sekarang , aku payah nak jumpa kawan macam tu lagi..hurmmm,aku harap..masih ada sinar disebalik mendung tu.. 

hurmmm



Friday, April 19, 2013

Malam Keliwon

AKu drive kereta ke tempat kerja dan mengambil masa selama 45 minit. Dalam keadaan yang kepenatan kerana kerja di kitchen sebuah hotel, ianya agaklah heavy dan menjadi satu kepantangan untuk aku apabila aku drive terdapat sekor dua ekor beruk atas jalan raya.


Beruk yang aku maksudkan bukanlah beruk yang berekor panjang, tapi beruk jadian yang telah merupakan diri menjadi manusia semata-mata untuk menunggang motor. Walaupun aku hanya memandu sebuah kereta buatan Malaysia, tak perlulah nak vroom2 bagai, aku tau kau tengah bawa awek lentik bertudung atas motor, dan kalau diberikan pilihan, aku memang nak bawak Alphard or Ampifire...tapi kereta tu aku angtar service *tipokk*

Tapi tu hanya mukadimah, bukan yang tu aku nak cerita, korang pernah jumpa hantu tak? Hantu dan aku ibarat musuh dalam selimut, sebab aku boleh rasa, dan untuk tengok sekali sekala saja. Aku pernah nampak Akak Ponti bin Anak terbang rendah waktu aku balik rumah naik motor dari PD ke Rembau.  *yer sekali lagi nama Rembau disebut2* dan aku pernah nampak si Ponti terbang dekat tingkap rumah nenek aku dan aku pernah nampak jiran sebelah buang Puting Susu anak dia yang dah tak elok *walaupun Ponti dan Puting tak da kena mengena*

Waktu aku drive kereta tadi, aku ada ternampak bayangan Abang Poh Chong terbaring atas jalan, dalam 3 atau 4 saat saja. Tapi aku pasti memang aku nampak, tapi kenapa hanya 4 saat? mungkin si pocong tu takot tengok aku bawak kereta terlalu laju. Aku terfikir juga, aku hanya berhalunasi atau ianya sesuatu yang benar? 

Apa pengalaman korang pula? Namun kita biarkan cerita ini dengan penuh Misteri, misterii, misteriii...

#Kejap, ada orang bagi salam dekat depan tapi tak jelas... di update: 2.26 AM

Tuesday, April 16, 2013

Wakil Barisan Nasional di Negeri Sembilan

Wakil Barisan Nasional untuk Negeri Sembilan.
SUmber: Ibupejabat MB Negeri Sembilan
8 PARLIMEN: P126 Jelebu-Zainuddin Hj Ismai
P127 Jempol-Tan Sri Md Isa Md Samad
P128 Seremban-Dato Dr Yaw Chiang Yau
P129 Kuala Pilah-Dato Hasan b Malik
P130 Rasah-En.Teow Eng Kian
P131 Rembau-Khairy Jamaluddin
P132 Telok Kemang-Dato Moghan a/l
P133 Tampin-Dato Sri Shaziman b Abu Mansor
******
******
36 DUN: N01 Chennah-En Siow Fu Weng
N02 Pertang-Dato Jalaluddin Alias
N03 Sungai Lui-En Mohd Radzi Md Ali
N04 Klawang-Dato Yunus bin Rahmat
N05 Serting-Dato Shamsul Kahar
N06 Palong-Dato Lilah b Yasin
N07 Jeram Padang-Manikam a/l letchumanan
N08 Bahau-Dr Yee Mi Fao
N09 Lenggeng-Dato Ishak b Ismail
N10 Nilai-En Gan Chi Liau
N11 Lobak-En Titan Ho
N12 Temiang-En Lee Kee Chong
N13 Sikamat-Pn Wan Salawati b Abdullah
N14 Ampangan-Tn Hj Abu Ubaidah
N15 Juaseh-Dato Md Radzi
N16 Seri Menanti-Dato Abdul Samad Ibrahim
N17 Senaling-Dato Ismail b Lasim
N18 Pilah-Dato Norhayati bt Omar
N19 Johol-Ustaz Md Fadzil Abu Kassim
N20 Labu-Dato Hashim b Rosli
N21 Bukit Kepayang-Pn.Wong Fui Fong
N22 Rahang-Pn.Julia Wong Pek Lim
N23 Mambau-Dato Yow Cok Tai
N24 Senawang-En.David chung Wei Hei
N25 Paroi-En.Mohd Ghazali Abd Wahid
N26 Chembong-Dato Zaiful Bahari Idris
N27 Rantau-Hj Ahmad Hassan (Mb)
N28 Kota-Dato Dr Said Awaluddin
N29 Chuah-Dato Sri Dr Lim Chi Fui
N30 Lukut-En.Vincent Yong
N31 Bagan Pinang-Tn Hj Khairuddin Tun Abu Bakar
N32 Linggi-En.Abdul Rahman b Redza
N33 Port Dickson-Dr Tanaletchmy
N34 Gemas-En.Abdul Razak b Said
N35 Gemencheh-En.Mohd Isham b Nizar
N36 Repah-En.Yap Siong Fook
 — di Pejabat Umno Seremban.

Rembau Most Wanted Ke Australia

Hari ahad lepas aku pergi makan di satu kedai baba nyonya cusine dan owner dia seorang berbangsa cina muslim. Aku pergi makan lepas habis kerja dengan berbaju chef full set. Dan sesuatu yang tidak diduga telah berlaku.


Setiap manusia ada impian, dan impian aku bekerja di luar negara. Tokey kedai baba and nyonya tu sembang dengan aku, tanya apa aku buat and dah lama ke belajar dalam industri perhotelan ni?
Aku jawab yang termampu, owner ni ada banyak outlet restoran berkonsepkan masakkan cina muslim di sekitar Key-L dan Australia and dia mintak no aku dan akan telefon aku kalau nak ajak kerja dengan dia, Bagi aku ni merupakan peluang berlian ya, bukan keemasan.. aku bagi no telefon dan mengucapkan terima kasih dekat dia.

Dalam perjalanan balik ke Rembau, *memang ia rumah aku dekat rembau dan takda kes pembunuhan macam dalam lirik lagu WAGHIH tu ya,cuma kes bunuh nyamuk saja* aku terfikir, alangkah bestnya umur seusia macam aku dapat bekerja di oversea.. even member aku yang tak da high education and just bersandarkan sijik SPMV, dan  aku pon ada juga sijil tu dah boleh sampai dekat Saudi Arabia and bekerja sebagai tukang masak dekat sana. Sedangkan aku, masih belajar dan terus belajar and still jugak dalam malaysia...*hampehhh*

Kadang-kadang orang kata , "hujan emas dinegara orang, hujan batu dinegeri sendir, lebih baik dinegeri sendiri",* bagi aku, pepatah tu memang dah tak boleh pakai dan harus dipatah-patahakn agar lenyap dari muka bumi terus sebab, zaman sekarang, manusia harus keluar dari takuk lama...

Tapi aku faham, aku kena siap-siapkan diri dengan ilmu sebelum berhijrah ke tempat orang...hurmmm





Sunday, April 14, 2013

Pertukaran Roh Berlaku?

Pertukaran roh berlaku? Dengar tajuk je boleh buat korang ketaq lutut nak baca sebab bila cakap pasal roh, selalunya typical malay akan fikir pasal hantu. Hantu orang melayu kan terkenal dengan rasuk-rasuk badan orang atau yang lebih mesra digelar saka..bukan soko yo..


Tapi pertukaran roh yang aku maksudkan bukan roh masuk ke dalam jasad, tapi sebenarnya masalah identiti. Aku ada masalah identiti. Kadang-kadang aku boleh jadi budak-budak bila berada dikalangan budak-budak dan aku boleh jadi dewasa bila dikalangan orang dewasa and samseng dikalangan budak samseng dan nampak beriman dikalangan orang beriman. *ayat yang hujung tu agak sedikit ...main2..*

Aku ada satu akaun FB , boleh dikatakan aku selalu lepak dekat situ selalu berbanding akaun real aku. Mungkin orang yang kenal aku dekat situ akan fikir seorang yang periang, and gila-gila, but..aku sebenarnya boleh berubah-rubah watak. Even budak-budak FB yang aku kenal dekat situ nama Ivan, Ryn,Jepun,Kemik pon tak akan tahu realiti kehidupan aku. Sampai aku ni boleh dikategorikan sebagai seorang yang susah hendak dibaca perwatakan.

Kecelaruan perwatakan bagi aku, merupakan kelebihan, sebab aku dapat bergaul dengan sapa-sapa yang aku mahu. Even budak-budak Masjid pon aku boleh berkawan and jangan tergelak kalau aku cakap, aku berjubah  untuk ke masjid. *tapi kalau bab ni, alangkah indahnya dapat dikekalkan*

Satu saja perwatakan yang paling aku suka, perwatakan budak-budak yang aku bawa dalam dunia FB fake aku. Dekat situ aku boleh jadi lebih happy berbanding orang lain dan selalu tak cukup tidur sebab bebudak ni. *demmm parti soko*

Kadang-kadang perwatakan yang banyak buat aku keliru, siapa diri aku sebenarnya..hurmmmm

Friday, April 12, 2013

Kembara Ke Tahun 1990-An ??

Aku fikir hidup pada zaman 1990-an boleh dianggap zaman yang masih lagi klasik bagi yang pernah membesar pada zaman ini. Barang permainan selalunya pada zaman ini masih lagi buatan tangan asli, bukan tangan orang asli dijadikan permainan. Harap Maklum yer..


Waktu ni, aku berani cakap, panjat pokok, pistol kayu buatan sendiri dengan peluru buah cermai atau ceri, lastik, main pasir, tangkap ikan laga (tak taulah hampa main ke tak benda ni) merupakan permainan popular time 1990-an . Kalau yang budak kaya-kaya tu selalunya depa main pistol beteri yang bunyi "reload-reload..treeetettttteeettttetttt" tapi bagi aq, tu permainan merepek, tak hamak nak main benda tu.

Aku ingat lagi, permainan tuju selipar, susun selipar tu bentuk piramid kemudian tuju.. geng aku selalu main pakai selipar jepun yang kalau baling dekat badan bunyi " HUKKKK" tapi tu bukan bunyi badan sebenarnya, tapi suara tuan punya badan tahan azab selipar jepun hinggap dekat badan. Rule game ni, kami create "Kalau tak tahan sakit, jangan harap leh main" 

Satu lagi game main aci sembunyi ( sorok2), memandangkan aku ni hidup bersama-sama anak polis+emirgesen+kastam. Ada sedikit lasak dekat situ, kami selalunya sebunyi atas bumbung, celah tangki ayaq( air) , dan yang paling best, kalau perut tengah lapaq, aku boleh balik rumah senyap-senyap dan makan nasi, sambil tukang pencari dok melilau mencarik.. (tu part aku paling suka, konfem bdk tu dowwnn gila-gila sebab tak dapat carik aku).

Bila aku tengok life budak sekarang, nak pijak rumput pon geli,asyik dok menghadap tablet, game boy, adroid (angry bird2) , kesian pulak...sebab depa tak rasa semua game best -best tu, lagipun mak ayah sekarang dah moden, even anak buah aku pon geli bila pijak rumput .. sebab tu badan budak sekarang lemah lembik, pantang berlago koting, ado yo tulang eh nak rotak (tu bahasa nesmilan)

Kesian kan budak-budak sekarang? Hurmmmmm

Thursday, April 11, 2013

Kuih Ganti Nasi??

Aku cuma nak berkongsi kisah hidup aku, bukan nak meraih simpati sapa-sapa. Korang pernah lalui hidup susah tak? Apa perkara yang paling susah yang pernah korang lalui? Setakat cakap korang tertinggal bas sekolah waktu nak balik sekolah or nk cakap rumah korang kecik and hanya makan nasi berlaukkan ikan bilis padahal ikan bilis sekilo dekat RM24.00 ...korang patut bersyukur, sebab ada lagi orang lebih susah dari korang.


Aku pernah lalui hidup yang susah, sebab famili ayah dan mak aku bukan dari golongan berada dan bukan mewarisi harta-harta pusaka dari negeri-negeri setan dari cerita tiga abdul. Mak ayah aku hanya insan yang hidup susah dari kecil. Ayah aku seorang polis berpangkat rendah, mak aku pula seorang suri rumah. Hidup seorang polis dan gaji seorang polis tidak mampu menampung keluarga berjumlah 7 orang. Kami pernah makan beras temukut atau beras hancur yang diberikan utk ayam makan. 

Ayah aku ambil beras tu dari kawan dia. Kawan dia ada reban ayam yang besar. Kami adik beradik makan beras tu dengan lapar sekali. Kadang-kadang, kalau beras dan lauk tada, aku dan adik beradik hanya makan jemput2 goreng sebagai peganti nasi dan lauk dan tidur dengan perut yang lapar.

Kereta? Kami memang tada kereta nk dimegahkan. Ayah hanya mampu beli kereta setelah hampir 19 tahun bekerja, Itupun kereta secondhand. Selalu rosak, tapi kami dah bersyukur. Cacian? dah hadam dalam hati ni. Ada orang kata," sampai ke kereta ni nak bawak balik kg" dan ada pulak yang cakap "nanti tak payah tumpang kereta kami lagi" padahal aku tak pernah pon naik kereta dia.

Macam-macam lagi kesusahan yang aku hadapi, tapi malas nak ceritakan dekat sini. Semua susah senang tu kami sekeluarga hadapi dengan tenang. Mak ayah aku pentingkan pelajaran. Apa  yang mak aku selalu cakap ialah " Belajar pandai-pandai, kalau tak nak hidup susah" . Mungkin dengan kata-kata itulah aku dan adik-beradik aku gunakan sebagai motivasi. Along aku jadi akauntan, angah aku jadi pegawai polis, alang aku jadi pembantu doktor, adik aku bdk MRSM. Aku pulak?? Sekarang tengah training nak jadi chef.. InsyAllah aku kejar cita-cita aku. 

Kadang-kadang aku terpikir, bila kita dalam keadaan susah dan tertindas, kita akan lebih berdaya usaha. Kesian juga yang tak pernah merasa susah dari kecil, sebab bila hidup jadi susah, terus jatuh terduduk dan tergapai-gapai.

Bila kita dah senang belajarlah bersedekah dan membantu orang lain dalam apa cara sekalipun, sebab mungkin kita boleh motivasikan orang tu dan buat dia hidup lebih baik..betul tak? Hurmmm..

#aku selalu cuba tolong orang, walaupun orang tak pernah mintak..

Sunday, April 7, 2013

Bila Lelaki Masuk Dapur?

Harini aku memulakan kehidupan di kitchen, outlet pertama yang aku ditempatkan ialah outlet malay, maknanya semua masakkan melayu akan disediakan di outlet malay ni, so harini first day aku, banyak benda aku kena buat sendiri , sebab harini hampir 1500 pax guest, sampaikan tempat untuk guest terpaksa dibahagikan 3 iaitu di restoran, pool cafe dan sky terrace. Aku ditempatkan di sky terrace, kena jaga makanan.

Korang boleh bayangkan tak, Sky terrace di tingkat 9 dan kitchen di ground floor, so kitaorang terpaksa turun naik untuk topap makanan yang dah habis, penatnya jangan cakaplah, kalo dapat duduk 5 minit pon, syukur ya amat, menitis air mata dibuatnya sebab dapat duduk.

Selesai saja breakfast dekat sky terrace, kena bawak semua tray makanan turun ke kitchen, ok pasal bawak turun makanan tu malas aku nak cakap, aku harap korang boleh imagine sendiri kan?
Kitchen still sibuk, sampai tak da orang yang nak guide aku apa aku perlu buat, so aku dengan ringan mulut and tangan buat sendiri apa-apa kerja dan cari kerja kosong. So pukul 4.30 baru kerja habis (sepatutnya pukul 3.00) and aku habiskan masa aku dengan update blog yang korang tengah baca sekarang ni.



The most important dekat sini, korang tau tak..harini sepatutnya hari cuti aku (sebab sebelum masuk kitchen aku dekat department Sport and recreation, sepatutnya dapat cuti dulu untuk tukar department), tapi chef tu sibuk sangat, sampaikan bila aku tanya, "Chef esok saya masuk pukul berapa?" dia jawab " Esok pukul 7 ok" jawab lak sambil tengok komputer je chef tu. And sebelum aku balik tadi, aku tengok nama aku tiada untuk jadual  harini, maknanya esok hari Isnin baru aku start masuk kitchen..

Aku dah pandai buat amal jariah dengan beri tenaga aku secara percuma, korang bila lagi??

Tadi ada budak perempuan  dalam umur 19 tahun, muka chinese look   tanya aku, "abang kerja chef ker?" Aku dengan bangganya jawab "Ya".So dia mintak something dekat aku, nak tau dia mintak apa? Dia mintak pen.. aku pelik, apa punya tabiatlah.. so aku kasi, n then dia cakap, "sayang abang" aku tergamam.. dia simpan pen tu, and senyum2 , hurmmmm..pelikkan?

#Chef yang hebat2 selalunya orang lelakikan?tapi chef yang hebat2 tu membesar dengan air tangan seorang perempuan begelar ibu. :)

Saturday, April 6, 2013

Dari Serawak ke United Kingdom

Pernah buat trip lone ranger dengan bag camping sorang2 x? Aku pernah buat, selalunya bagi aku, bergerak sorang2 lagi mencabar dan tercabar. Aku pernah buat trip ke Langkawi secara solo molo, naik dekat Kola Perligh turun dekat Langkawi ler, takkanlah dekat pulau dayang bunting kan.

Bagi aku bergerak secara solo lagi mudah, nak tinggal pon just tinggal dekat hotel bajet jer, sebabnya kita cari pengalaman bukan kemewahan. Selama 3 hari dekat Langkawi, aku hampir demam sebab cuaca langkawi yg boleh dikatakan terlalu panas bagi aku, so aku terpaksa balik untuk hari ke-3.

And baru2 ni, pertengahan bulan 3 aq gerak dari Seremban ke Setiawangsa naik komuter dengan LRT sorang2 sebab nak join member aku ke Lost World Tambun Perak. Percutian tu memang best,cuma masa agak suntuk.


Aku pernah terbaca and pernah terfikir, waktu muda2 nilah kita nak cari pengalaman, dari kita dah mnigkat peringkat belia -beliung, time tu tgh sbuk carik duit..and dah tua energy pon dah xda, so mmg xda masa kita nk travel mcm ni kan..

Member aku ajak pergi Serawak bulan 5 ni,entahlah.

#Member Chinese aku nk pergi UK, dia kata nak buat travel lone ranger kat sana, dia ajak aku..mesti best kan..tp kewangan aq x membuatkan aq mampu nak mejengah bumi UK..urmmm



Thursday, April 4, 2013

Dicabar Oleh Pencabar?

Kali ni bos tempat aku boleh cabar aku untuk siapkan satu proposal berkenaan permainan-permainan dekat tempat aku. Sebab aku 1 bulan dekat department Sport and Recreation..alahai departmnent untuk games indoor and outdoor. Ok kita berhenti dekat situ tentang hotel tu, sebab hotel tu pun tak bayar aku pampasan sebab naikan nama hotel tu..

Untuk pengetahuan hampa2 semua, proposal, paper work merupakan sesuatu yg aku selalu buat dekat politeknik, dan menjadi kebiasaan dekat aku untuk membuat benda ni. Tapi bila dekat hotel ni, dengan penat bekerja lagi, nak pikiaq benda ni lagi, so aku buat sambil lewa and cakap tak nak buat dekat manager Sport tu. Tau apa jawapan dia? dia cakap, student mcm aq x berdaya saing..WTH.. 

Bukan aku xnk buat, tapi aku malas sebab penat bekerja, aduhhh, dahlah kerja bwh panas mentari..mcm shiall lah... tapi nk tak nak aku kena buat juga sebab nk butikan dkt manager tu....tp aku dah masak dengan perangai manusia, si Manager tu nk guna hasil fikiran fresh student mcm aku untuk majukan depatment Sport.. Pelislah,...ckp jerlah nk idea2 fresh kitaorng....xpayahlah nak bertapis,

BTW , apabila kita dicabar.. kita akan tahun dimana tahap kemampuan kita..
Hurmm....sepatunya tajuk ni, Dicabar dan Tercabar, kan3???

Friday, February 1, 2013

Salam Perkenalan

Salam perkenalan, blog ini merupakan lembaran aku terhadap dunia baru aku, hobi baru aku, dan pandangan baru aku ... hanya ingin  berkongsi apa yang menjadi tumpuan aku. :)